Hartelega catat untung bersih RM32 juta - Utusan Malaysia

Hartelega catat untung bersih RM32 juta

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hartalega Holdings Berhad (Hartalega) mencatatkan untung selepas cukai (PAT) lebih tinggi berjumlah RM32 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM19 juta yang dilaporkan pada suku yang sama tahun kewangan lalu. 

Hartalega berkata, keuntungan operasi meningkat sedikit kepada RM36 juta, disokong oleh langkah mengoptimumkan kos yang berdisiplin dan operasi lebih cekap, seterusnya membantu mengurangkan kesan tekanan harga dan jumlah jualan lebih rendah. Hasil bagi suku tahun yang dilaporkan berjumlah RM527 juta. 

 “Untuk tempoh kumulatif sembilan bulan berakhir 31 Disember 2025, Hartalega mencatatkan untung selepas cukai yang lebih tinggi berjumlah RM62 juta. 

“Untung operasi bagi tempoh sembilan bulan ialah RM58 juta, iaitu kenaikan 33 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut Hartalega, prestasi lebih memberangsangkan ini disokong oleh tahap penggunaan kilang lebih tinggi, peningkatan kecekapan dipacu automasi dan inisiatif mengoptimumkan kos secara berterusan. 

“Hasil bagi tempoh tersebut mencecah RM1.6 bilion,” katanya. 

 Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Holdings Berhad, Kuan Mun Leong berkata, tinjauan jangka panjang bagi sektor sarung tangan kekal kukuh, disokong oleh tahappenggunaan lebih tinggi dari segi struktur dan pesanan yang lebih konsisten. 

“Walaupun dengan persekitaran operasi semasa yang mencabar, inventori industri yang kini kembali normal secara beransur-ansur telah menyumbang kepada corak pesanan lebih konsisten, menandakan unjuranpermintaan yang lebih stabil.

“Keadaan pasaran yang mencabar dijangka berlarutan untuk jangka pendek, khususnya dengan ketidakpastian perdagangan global yang berterusan dan persaingan sengit di pasaran bukan AS, selain daripada kapasiti bekalan baharu yang mula beroperasi di Asia Tenggara. 

“Namun begitu, usaha berterusankami untuk mengukuhkan automasi dijangka membuahkan hasil dengan meningkatkan kecekapan pengeluaran kami, memastikan Kumpulan terus berdaya saing dari segi kos dan berada pada kedudukan yang kukuh untuk mencapai pertumbuhan mampan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN