JIKA sebut nama Harley-Davidson, kebiasaannya gambaran yang muncul ialah motosikal cruiser dengan gaya rugged, bunyi enjin yang pekat dan karakter yang keras. Jenama ini sudah lama sinonim dengan identiti tersebut, malah bagi ramai peminat, Harley bukan sekadar motosikal tetapi lambang gaya hidup. Namun begitu, dalam era moden, Harley-Davidson juga sudah mula keluar daripada zon selesa dan mencuba pendekatan baharu bagi kekal relevan dalam pasaran global. Langkah berani itu dapat dilihat…










