M K Land Holdings Berhad (M K Land) terus memperkukuh kedudukannya sebagai pemaju hartanah pilihan di Perak dengan memperluaskan portfolio pembangunan hartanahnya menerusi pelancaran projek kediaman Eugenia dan Lily di Chemor. Eugenia dan Lily merupakan projek kediaman teres dua tingkat yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pembeli rumah dan kini dibuka untuk dijual. Pemaju hartanah berkata, Eugenia dibangunkan dengan pendekatan praktikal, moden dan berfokus kepada keselesaan keluarga iaitu setiap unit…










