Bursa Malaysia ditutup negatif

Bursa Malaysia ditutup negatif

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 5.54 mata kepada 1,750.85 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,756.39 penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,755.09.

Jumlah dagangan sebanyak 2.49 bilion unit bernilai RM2.72 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 593 berbanding 488 dengan 554 kaunter tidak berubah dan 1,061 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 10.70 mata atau 0.019 peratus kepada 57,639.84 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun, STI Singapura naik 0.47 peratus kepada 5,0008.02 dan indeks KOSPI Korea Selatan meningkat 167.78 mata atau 3.13 peratus kepada 5,552.27 . – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN