PETALING JAYA: Bursa Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati dan bergerak dalam julat 1,700 hingga 1,760 terhad pada minggu ini, susulan ketiadaan pemangkin kukuh untuk mendorong kenaikan, walaupun FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) kekal berdaya tahan di atas paras sokongan teknikal utama. Pensyarah Kanan, Sekolah Perakaunan dan Kewangan Sekolah Perniagaan Taylor, Fakulti Perniagaan dan Undang-undang, Universiti Taylor, Dr. Paul Anthony Maria Das berkata, penyertaan pelabur dijangka kekal selektif dengan tumpuan kepada…










