KEWUJUDAN pusat data global di Malaysia membuka peluang besar kepada ekonomi negara, namun pertumbuhan kelestarian industri ini bergantung kepada ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Malaysia kini berada dalam fasa perkembangan pesat sejajar dengan pertumbuhan industri tersebut serta sumbangannya kepada ekonomi. Dari sudut infrastruktur fizikal, termasuk ketersediaan tanah, lokasi strategik, bekalan elektrik, kesinambungan internet, rangkaian kabel dasar laut serta kemudahan sokongan lain, negara ini dilihat berada pada tahap kesiapsiagaan yang memberangsangkan.…










