MENCARI sebuah kereta yang kononnya ‘sempurna’ untuk semua keperluan memang bukan mudah. Banyak perkara perlu dipertimbangkan, daripada bajet, keselesaan, prestasi sehinggalah kegunaan harian. Namun, jika tujuan utama adalah untuk memiliki sebuah kereta yang seronok dipandu pada bila-bila masa, perkara itu sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Ada bajet, banyak perkara boleh direalisasikan. Kali ini, penulis berpeluang memandu uji Volkswagen Golf GTI MK8.5, sebuah hot hatch ikonik yang kini kembali dengan pendekatan…










