Pelabur asing catat aliran belian bersih RM716.1 juta 

Pelabur asing catat aliran belian bersih RM716.1 juta 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing meneruskan aliran belian bersih untuk minggu kedua berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM716.1 juta, tertinggi sejak pertengahan Mei 2025 (RM1.68 bilion) dan kira-kira 16.8 kali lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.

MBSB Research berkata, pelabur asing merupakan pembeli bersih sepanjang kelima-lima hari dagangan, dengan aliran masuk terbesar direkodkan pada Khamis (RM330.0 juta), diikuti Rabu (RM172.0 juta), Jumaat (RM115.5 juta), Selasa (RM69.5 juta) dan Isnin (RM29.2 juta).“Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk bersih pelabur asing ialah perkhidmatan kewangan (RM365.9 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM177.3 juta) dan perladangan (RM90.1 juta).

“Sementara itu, hanya tiga sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih iaitu pembinaan (RM54.3 juta), penjagaan kesihatan (RM52.9 juta) dan hartanah (RM29.3 juta),” katanya dalam Laporan Aliran Dana minggu berakhir 16 Januari 2026.

Selain itu, firma penyelidikan berkata, institusi tempatan menamatkan rentetan belian bersih selama lapan minggu berturut-turut, dengan mencatatkan aliran keluar bersih berjumlah RM588.2 juta minggu lalu, yang merupakan terbesar sejak pertengahan Mei 2025 (RM1.35 bilion).

“Pelabur runcit tempatan pula kekal sebagai penjual bersih untuk minggu ketujuh berturut-turut, dengan aliran keluar bersih RM127.8 juta minggu lalu.

“Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan peningkatan menyeluruh pelabur runcit tempatan sebanyak 14.0 peratus, institusi tempatan (18.2 peratus) dan pelabur asing (18.7 peratus),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN