PETALING JAYA: Kerjaya Prospek Group Berhad (KPGB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd. (KPM), memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM201.25 juta bagi kerja-kerja bangunan di Damansara Damai, Selangor. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KPGB berkata, KPM telah menerima pakai lantikan daripada Greencove Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Property Berhad (KPPB) pada 15 Januari 2026 untuk kontrak pembinaan tersebut. Katanya, kontrak berasaskan jumlah tetap itu…










