PETALING JAYA: Jualan runcit Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh daripada jangkaan pada suku ketiga 2025 apabila meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun, didorong perbelanjaan berterusan ke atas barangan keperluan harian serta sokongan berterusan daripada dasar kerajaan. CIMB Securities Sdn. Bhd. berkata, prestasi tersebut melebihi unjuran awal Retail Group Malaysia (RGM) yang menganggarkan pertumbuhan sekitar 2.6 peratus, sekali gus mendorong semakan naik unjuran jualan runcit bagi keseluruhan tahun 2025 kepada 3.6…










