PETALING JAYA: Public Investment Bank Berhad mengunjurkan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan iaitu petunjuk utama inflasi berada pada purata 1.9 peratus tahun ini, menandakan sedikit peningkatan berbanding 2025, namun masih berada dalam julat unjuran rasmi 1.3 hingga 2.0 peratus. Penganalisisnya, Sabrina Edora berkata, peningkatan sederhana ini didorong terutamanya oleh pemindahan kos berkaitan dasar secara beransur-ansur dan bukannya perubahan ketara dalam keadaan permintaan asas. Katanya, tekanan harga dijangka kekal terkawal, disokong…










