KADAR harga hartanah pada 2026 diunjurkan meningkat secara sederhana sekitar 2.5 peratus hingga lima peratus, dengan kenaikan yang lebih terpilih dan tertumpu di koridor infrastruktur utama, selari dengan fasa pemulihan pasaran yang semakin matang dan berhati-hati. Pakar ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, unjuran itu mencerminkan landskap pasaran hartanah negara yang tidak lagi menyaksikan pemulihan menyeluruh, sebaliknya berkembang secara selektif bergantung kepada lokasi, kualiti pembangunan dan nilai sebenar kepada…









