PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 12.76 mata kepada 1,708.20 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,695.44 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,700.74.
Jumlah dagangan sebanyak 3.45 bilion unit bernilai RM3.55 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 556 berbanding 548 dengan 559 kaunter tidak berubah dan 975 tidak diniagakan.
Sementara itu, STI Singapura naik 33.65 mata atau 0.71 peratus kepada 4,800.43 dan indeks KOSPI Korea Selatan melonjak 67.85 mata atau 1.47 peratus kepada 4,692.64 ketika berita ini ditulis.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turut meningkat sebanyak 1,609.27 mata atau 3.10 peratus kepada 53,549.16 indeks. – UTUSAN










