Jawatankuasa Khas atasi kes penyeludupan, kajian impak ekonomi

Jawatankuasa Khas atasi kes penyeludupan, kajian impak ekonomi

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusuf, bagi menangani isu penyeludupan, terutama membabitkan diesel dan petrol.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, jawatankuasa iu bagi memastikan bekalan diesel lebih terkawal di Semenanjung dan tidak naik di Sabah serta Sarawak.

Katanya, langkah itu susulan kerajaan masih mampu mengekalkan harga subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani (BUDI95) pada harga RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi, malah jika dibandingkan dengan negara lain, boleh mencecah sehingga tiga kali ganda.

“Ini memungkinkan penyeludupan besar-besaran. Jadi saya tugaskan TPM memastikan pengawasan lebih teliti dan tindakan yang lebih tegas terhadap kalangan yang cuba mengambil kesempatan dan menyeludup,” katanya dalam sidang akhbar khas di pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, Menteri Kewangan II akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas bagi meneliti impak ekonomi secara harian supaya maklumat dapat disampaikan kepada pimpinan kerajaan.

“Tentunya kita akan memantau perkembangan di Asia Barat dan kesudahannya. Kita berdoa kepada Allah SWT untuk melindungi rakyat dan agar keamanan dapat dicapai.

“Bagi kita, langkah ini juga menandakan perlunya pimpinan memulakan tindakan lebih positif serta berwaspada,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN