PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 0.04 mata kepada 1,686.58 pada pukul 9.17 pagi hari ini, berbanding 1,686.54 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,687.07.
Jumlah dagangan sebanyak RM81.59 juta unit bernilai RM34.46 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 168 berbanding 65 dengan 296 kaunter tidak berubah dan 2,121 tidak diniagakan.
Sementara itu, STI Singapura naik 5.59 mata atau 0.12 peratus kepada 4,744.66 dan indeks KOSPI Korea Selatan melonjak 31.28 mata atau 0.68 peratus kepada 4,617.60 ketika berita ini ditulis.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turut meningkat sebanyak 822.63 mata atau 1.61 peratus kepada 51,939.89 indeks. – UTUSAN









