Bursa Malaysia akhiri dagangan minggu ini pada 1,712.74 mata - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia akhiri dagangan minggu ini pada 1,712.74 mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 2.42 mata kepada 1,712.74 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,715.16 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,717.63.

Jumlah dagangan sebanyak RM3.08 bilion unit bernilai RM3.08 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 564 berbanding 481 dengan 589 kaunter tidak berubah dan 1,018 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, STI Singapura naik 8.91 mata atau 0.18 peratus kepada 4,842.25 dan indeks KOSPI Korea Selatan melonjak 43.19 mata atau 0.90 peratus kepada 4,840.74 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun, Nikkei Jepun susut sebanyak 174.33 mata atau 0.32 peratus kepada 53,936.17 indeks. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN