PETALING JAYA: Mata wang tempatan mengekalkan aliran positif berbanding mata wang serantau, terus diniagakan di paras RM4.0 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dipacu sentimen domestik yang baik susulan pengumuman khas pelantikan anggota Kabinet baharu pada Selasa. Pada awal dagangan semalam, ringgit diniagakan pada 4.0790/0830, sekali gus mencapai prestasi tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun. Mata wang tempatan kemudian ditutup mendatar pada 4.0860/4.0900 berbanding 4.0850/4.0900 ketika ditutup kelmarin. Ringgit turut mengukuh…










