KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini dengan rasminya memperkenalkan penggunaan mesin kitar semula atau ‘Reverse Vending Machine’ (RVM) di stesen-stesen LRT sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam memperkukuh amalan kelestarian serta menyokong pembangunan mobiliti bandar yang mampan. Pelaksanaan inisiatif ini adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Kelestarian Prasarana yang menyasarkan kadar kitar semula sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030, di samping menggalakkan amalan kitar semula secara lebih meluas dalam…










