PETALING JAYA: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) memperbaharui reka bentuk ‘standee’ DuitNow QR (kod respons pantas) bagi meningkatkan kebolehlihatan dan keseragaman piawaian QR kebangsaan. Kemas kini ini hanya melibatkan aspek visual tanpa sebarang perubahan pada fungsi, keselamatan atau kebolehoperasian DuitNow QR. Ketua Pegawai Pemasaran PayNet, Gary Yeoh berkata, dengan pembayaran digital semakin menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia, kepercayaan dan kejelasan terhadap apa yang diimbas oleh rakyat semakin penting. “Penampilan…











