One Gasmaster meterai perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities untuk IPO di Pasaran ACE - Utusan Malaysia

One Gasmaster meterai perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities untuk IPO di Pasaran ACE

IVAN Tan (kiri) berjabat tangan dengan Pengarah Urusan Malacca Securities Sdn Bhd (kanan), Lim Chia Wei selepas memeterai perjanjian taja jamin di Bursa Malaysia di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: One Gasmaster Holdings Berhad memeterai perjanjian taja jamin bersama Malacca Securities Sdn Bhd sempena tawaran awam permulaannya (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Penyedia penyelesaian pemantauan alam sekitar itu melaksanakan IPO merangkumi terbitan awam sebanyak 77.5 juta saham biasa baharu dan 15.5 juta saham biasa sedia ada untuk ditawarkan kepada pelabur terpilih.

Daripada keseluruhan saham baharu tersebut, 15.5 juta diperuntukkan kepada orang awam tempatan melalui proses pengundian, pengarah dan pekerja yang layak (3.1 juta), pelabur terpilih melalui penempatan persendirian (20.15 juta) manakala 38.75 juta lagi kepada pelabur bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui penempatan persendirian.

Pengarah Urusannya, Ivan Tan berkata, kumpulan itu telah membina reputasi kukuh sebagai penyedia penyelesaian yang dipercayai dalam pemantauan alam sekitar, pengesanan gas dan kebersihan industri.

“Kami berbangga dapat menyokong industri utama termasuk minyak dan gas, penjanaan kuasa, pembuatan, makanan dan minuman serta kimia.

“Pemeterian perjanjian ini membuktikan satu pencapaian penting dalam perjalanan IPO kami dengan titik mula yang sederhana hingga mencapai detik bersejarah seperti ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ivan, penyenaraian berkenaan dijangka mengukuhkan kehadiran dalam pasaran, meningkatkan kredibiliti dan mutu perkhidmatan yang lebih efisien kepada pelanggan sedia ada dan baharu.

“Hasil kasar daripada kerjasama itu akan dimanfaatkan untuk mengembangkan penawaran perkhidmatan kepada penyelesaian kawalan pelepasan.

“Kami juga akan menubuhkan sebuah lagi makmal penentukuran di pejabat Damansara, serta pejabat cawangan baharu dan makmal penentukuran di Johor, Terengganu dan Pulau Pinang,” katanya.

Status sebagai syarikat tersenarai berpotensi mengukuhkan keupayaan kumpulan itu dalam menarik dan mengekalkan tenaga kerja berbakat, seiring dengan rancangan pengembangan operasi pada masa hadapan.

Sementara itu, Malacca Securities akan menjamin sebanyak 18.6 juta saham baharu biasa yang diperuntukkan kepada orang awam tempatan melalui undian serta peruntukan borang merah jambu untuk pengarah dan pekerja yang layak.

Malacca Securities merupakan Penasihat Utama, Penaja, Pengunderait dan Ejen Penempatan bagi IPO berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN