MISC terima kontrak O&M daripada Petronas Carigali Brunei - Utusan Malaysia

MISC terima kontrak O&M daripada Petronas Carigali Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MISC Berhad (MISC) menerima kontrak daripada Petronas Carigali Brunei Ltd. (PCBL) bagi penyediaan sewa, operasi dan penyelenggaraan (O&M) Unit Pengeluaran Apungan (FPU) untuk Projek Pembangunan Gas Asli di Brunei.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, MISC berkata, berdasarkan surat anugerah (LOA), tempoh sewa FPU adalah selama 12 tahun bermula dari tarikh penerimaan prestasi oleh PCBL, dengan hak lanjutan sehingga tiga tahun tambahan.

Katanya, projek ini diperoleh melalui proses bidaan antarabangsa yang kompetitif dan FPU dijangka memulakan operasi pada separuh pertama tahun 2029.

“Risiko yang mempengaruhi projek termasuk risiko komersial, risiko pelaksanaan projek seperti kelewatan jadual dan lebihan kos, risiko operasi dan penyelenggaraan serta risiko berkaitan ketidakpatuhan terhadap peraturan keselamatan dan alam sekitar.

“Risiko ini adalah sebahagian daripada industri luar pesisir iaitu MISC akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengurangkan risiko berdasarkan pengalaman dan kepakarannya.

“Projek ini tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham MISC mahupun mana-mana pihak berkuasa kerajaan,” katanya.

MISC berkata, projek ini dijangka tidak memberi kesan material terhadap pendapatan sesaham, kadar hutang, atau aset bersih sesaham MISC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Menurut lembaga pengarah MISC, projek ini adalah langkah strategik untuk memasuki pasaran minyak dan gas luar pesisir Brunei bersama PCBL, bersifat adil, munasabah dan tidak merugikan pemegang saham minoriti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN