PETALING JAYA: Syarikat Malaysia berjaya menjana jualan eksport bernilai RM163.5 juta di Automechanika Shanghai 2025, sekali gus membuktikan daya saing produk dan perkhidmatan automotif tempatan di pasaran global. Pameran perdagangan antarabangsa yang berlangsung dari 26 hingga 29 November 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan, Shanghai, China itu diiktiraf sebagai antara pameran terbesar dunia bagi industri pasaran selepas jualan automotif. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, penyertaan ini merupakan…










