PERJALANAN perniagaan KakTun Enterprise bermula dengan penuh kesederhanaan, jauh sebelum produk panipuri keluarannya mendapat tempat dalam kalangan pelanggan. Pengasasnya, Sahdatun Nazirah Zainal Abidin, 46, atau lebih dikenali sebagai Kak Tun berkata, dia berniaga barangan preloved atau terpakai tanpa modal, malah pernah mengutip barangan terpakai untuk dijual demi kelangsungan hidup pada 2000. Katanya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia meneruskan jualan barangan terpakai sambil menghasilkan tepung pelita kukus bersama anak-anak dari…










