PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 12.42 mata kepada 1,637.81 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,625.39 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,622.56.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.09 bilion unit bernilai RM2.46 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 744 berbanding 387 dengan 529 kaunter tidak berubah dan 1,108 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.38 peratus atau 56.54 mata kepada 4,167.16 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun menaik sebanyak 687.73 mata atau 1.37 peratus kepada 50,836.55 dan indeks STI Singapura naik 1.36 peratus kepada 4,582.42.- UTUSAN










