Bursa Malaysia ditutup tinggi

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia melonjak 20.10 mata kepada 1,624.57 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,604.47 penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka positif 1,608.26.

Jumlah dagangan sebanyak RM3.98 bilion unit bernilai RM2.79 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 681 berbanding 526 dengan 505 kaunter tidak berubah dan 977 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 0.16 peratus kepada 3,920.37 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Nikkei Jepun turun 950.63 mata atau 1.89 peratus kepada 49,303.28 dan indeks STI Singapura naik 0.15 peratus kepada 4,530.56. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN