PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 2.36 mata kepada 1,641.36 pada pukul 9.23 pagi hari ini, berbanding 1,643.72 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,642.77.
Jumlah dagangan sebanyak RM101.26 juta unit bernilai RM61.50 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 182 berbanding 121 dengan 269 kaunter tidak berubah dan 2,203 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura naik sebanyak 0.02 peratus atau 0.92 mata kepada 4,590.09 ketika berita ini ditulis.
Walau bagaimanapun, indeks KOSPI Korea Selatan jatuh 0.79 peratus atau 32.35 mata kepada 4,058.24 dan Nikkei Jepun susut 472.87 mata atau 0.94 peratus kepada 49,695.24 . – UTUSAN










