Bienz sasar 10 cawangan baharu dalam tiga tahun

Bienz sasar 10 cawangan baharu dalam tiga tahun

RAFFIL Jamil (kanan) bergambar kenangan bersama ahli keluarganya sempena perasmian restoran Bienz di Putrajaya pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jenama makanan dan minuman tempatan, Bienz, terus mempamerkan momentum pertumbuhan apabila membuka restoran pizza keduanya di Putrajaya.

Langkah itu sejajar dengan sasaran syarikat untuk membuka 10 cawangan baharu dalam tempoh tiga tahun, dipacu oleh permintaan tinggi terhadap menu premium dan model perniagaan dapur pusat.

Pengasas Bersamanya, Raffil Jamir, berkata pembukaan cawangan kedua itu susulan prestasi memberangsangkan cawangan sulung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Pembukaan di Putrajaya adalah maklum balas terus kepada permintaan pelanggan dan bukti pengukuhan jenama dalam pasaran yang mementingkan kualiti,” kata Raffil.

Raffil menambah, lima cawangan akan menumpu di Lembah Klang, manakala selebihnya bakal menembusi pasaran zon utara, selatan dan pantai timur merangkumi Perak, Johor, Melaka serta Kuantan.

Syarikat juga menilai potensi pasaran Sabah dan Sarawak, namun tetap berhati-hati dari aspek logistik dan rantaian bekalan bagi memastikan margin keuntungan terjamin.

“Dengan operasi dapur pusat di Kuala Lumpur, kami dapat memastikan konsistensi rasa dan kecekapan operasi di semua cawangan dikawal secara berpusat,” katanya.

Bienz yang popular dengan Wagyu Pizza menggunakan doh sourdough kini dalam proses memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selain mengoptimumkan platform penghantaran digital bagi capaian pelanggan lebih luas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN