Al Aqsa Carperts lancar bilik pameran baharu di Desa Latania

Al Aqsa Carpets lancar bilik pameran baharu di Desa Latania

Al Aqsa Carpets melancarkan Al Aqsa Carpets Megastore: The Next Milestone, sebuah bilik pameran baharu di Desa Latania, Shah Alam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Al Aqsa Carpets melancarkan Al Aqsa Carpets Megastore: The Next Milestone, sebuah bilik pameran baharu di Desa Latania, Shah Alam yang melambangkan fasa baharu dan hala tuju strategik syarikat ke tahap yang lebih tinggi. 

Menurut kenyataannya, pelancaran tersebut menjadi simbol evolusi Al Aqsa Carpets sebagai jenama gaya hidup moden yang menawarkan penyelesaian lengkap untuk kediaman dan ruang komersial. 

Katanya, seiring dengan perkembangan pasaran dan keperluan pengguna, Al Aqsa Carpets kini tidak lagi terhad kepada produk karpet semata-mata. 

“Bilik pameran ini menawarkan rangkaian penyelesaian lantai, permaidani serta perabot, semuanya di bawah satu bumbung, dengan komitmen mengekalkan kualiti tinggi pada harga terus dari kilang.

“Terletak di Desa Latania, bilik pameran baharu ini menampilkan konsep yang lebih moden, terbuka dan interaktif, membolehkan pelanggan melihat, menyentuh serta memadankan reka bentuk mengikut cita rasa dan gaya hidup masing-masing. 

“Ruang yang lebih luas, rekaan kontemporari dan pilihan produk yang lebih pelbagai menjadikan Al Aqsa Carpets Megastore sebagai antara destinasi sehenti paling kompetitif di pasaran,” katanya.

Al Aqsa Carpets berkata, pihaknya berpegang kepada visi untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik. 

Katanya, syarikat ini juga menyasarkan untuk menjadi destinasi gaya hidup moden, bukan sekadar tempat membeli karpet atau perabot. 

“Pelancaran ini turut menjadi platform untuk merakamkan penghargaan kepada para pelanggan, rakan perniagaan dan warga kerja yang menjadi tunjang kepada kejayaan Al Aqsa Carpets. 

“Segala pencapaian yang dikecapi adalah hasil daripada kepercayaan dan sokongan berterusan komuniti,” ujarnya. 

Tambahnya, bilik pameran ini turut disasarkan sebagai hab inspirasi reka bentuk, di samping mengeratkan lagi hubungan antara jenama dan masyarakat. 

“Kami tidak akan berhenti sehingga menjadi yang terbaik. Apabila sudah menjadi yang terbaik, kami tidak akan berhenti sehingga menjadi lebih hebat daripada yang terbaik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN