U Mobile peroleh pembiayaan sindiket RM4.3 bilion laksana rangkaian 5G

U Mobile peroleh pembiayaan sindiket RM4.3 bilion laksana rangkaian 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: U Mobile berjaya memperoleh pembiayaan sindiket berjumlah RM4.3 bilion bagi memacu pelaksanaan rangkaian 5G.

Pembiayaan selama 10 tahun itu dikoordinasikan oleh CIMB Investment Bank Berhad sebagai Sole Loan Coordinator dan Joint Mandated Lead Arranger manakala, CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad bertindak sebagai pembiaya utama.

Selain itu, Maybank Islamic Bank Berhad, AmBank Islamic Bank Berhad dan UOB Malaysia sebagai Joint Mandated Lead Arrangers dan pembiaya bersama.

Dana tersebut akan digunakan untuk pembiayaan perbelanjaan modal (CAPEX) dan modal kerja bagi melaksanakan rangkaian 5G generasi seterusnya, dengan sasaran mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua 2026.

Ini bagi mempercepat peluasan pengalaman ULTRA5G di seluruh negara sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, pembiayaan RM4.3 bilion itu mencerminkan keyakinan tinggi institusi kewangan terhadap strategi 5G syarikat itu.

“Ini menunjukkan keyakinan kuat bank-bank utama terhadap pelaksanaan pelan perniagaan 5G kami dan prospek pertumbuhan jangka panjang.

“Kami telah memulakan pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh Malaysia sejak pertengahan 2025, dan kemudahan baharu ini akan mempercepat sasaran liputan dan mengukuhkan komitmen kami terhadap ekonomi digital negara,” katanya.

Jelas beliau, U Mobile kini berada di hadapan jadual pelaksanaan rangkaian dan yakin mencapai 80 peratus CoPA seperti yang ditetapkan.

“Rangkaian peringkat perusahaan dengan keupayaan 5G-Advanced akan memberi manfaat kepada sektor awam dan swasta,” katanya.

Heang Tuck berkata, pembiayaan itu akan digunakan bagi membiayai Capex dengan sasaran mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan Borong CIMB, Chu Kok Wei berkata, pembiayaan tersebut akan menyokong usaha U Mobile memperluas rangkaian 5G baharu.

“Kami menyasarkan untuk mengukuhkan kesalinghubungan dan merangsang agenda pendigitalan negara melalui pembiayaan ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Banking Maybank, Datuk John Chong pula berkata, sebagai peneraju kewangan Islam global, Maybank berbangga dapat menyediakan pembiayaan patuh Syariah untuk pembangunan rangkaian 5G kedua negara.

“la akan membolehkan industri seperti pembuatan berteknologi tinggi dan kesihatan memanfaatkan sepenuhnya potensi teknologi kecerdasan buatan (Al),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN