smart Malaysia perkenal SUV baharu, smart #5

smart Malaysia perkenal SUV baharu, smart #5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: smart Malaysia memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, smart #5, direka khusus bagi mereka yang tinggal di bandar dan mahukan lebih ruang, lebih jarak perjalanan dan lebih bergaya. 

Harga smart #5 bermula daripada RM199,800 untuk varian Premium dan RM249,800 untuk varian BRABUS.

smart #5 bertemakan ‘Style Meets Robustness’ menggabungkan ketahanan dengan rekaan elegan, memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan sesuai dengan gaya hidup yang lebih moden.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, model baharu smart #5 kini hadir bersama barisan model #1 dan #3 menawarkan pengalaman pemanduan premium yang berani dalam bentuk SUV bersaiz sederhana. 

“Dengan rekaan diinspirasikan daripada Mercedes-Benz dan fokusnya kepada kepelbagaian penggunaan, #5 menandakan transformasi smart daripada kenderaan elektrik (EV) bandar kepada mobiliti elektrik yang lebih serba boleh, memberikan pengalaman pemanduan yang bergaya, luas dan elegan.

 “Dengan smart #5, kami memperkenalkan dimensi baharu mobiliti elektrik di Malaysia,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut Qiang, smart #5 bukan sahaja unggul dan praktikal, tetapi juga jelas menampilkan identiti smart. 

“Dari rekaan luarnya yang berani hingga ke ciri-ciri canggih yang dimiliki, smart #5 direka untuk menjamin keselesaan setiap perjalanan, memberikan pemanduan yang lebih yakin dan bergaya,” katanya. 

smart #5 didatangkan dengan jarak roda 2,900mm, meletakkannya dalam kategori SUV bersaiz sederhana (D-segment). 

Varian Premium ditawarkan dalam empat warna iaitu Meta Black, Cyber Silver, Pulsar Ruby dan Saturn Beige Matte*, semuanya dilengkapi dengan bumbung berwarna Eclipse Black

Varian BRABUS pula menampilkan tiga kemasan eksklusif iaitu Atom Grey Matte*, Meta Black dan Digital White, bersama kemasan bumbung bewarna Eclipse Black. 

smart #5 hadir dengan rekaan kotak dan unggul, dipadankan dengan kabin berinspirasikan lounge yang dibalutdengan kulit Nappa lembut, kemasan kayu oak, serta papan pemuka yang diinspirasikan daripada klip tali leher.

Keselesaan dipertingkatkan lagi dengan bumbung kaca panorama seluas 1.7m² dan pendingin hawa dalam kabin, manakala cermin berkaca dua lapisan yang kedap bunyi memastikan ketenangan setiap perjalanan. 

Direka dengan teliti untuk kepelbagaian penggunaan, kabin menawarkan tiga mod boleh laras, 34 ruang simpanan, but belakang seluas 1,530 liter dan but hadapan (frunk) 72L sesuai untuk percutian hujung minggu mahupun urusan harian. 

Dari segi teknologi, dua skrin OLED 13”, paparan head-up AR 25.6”, cipset AMD V2000, dan LEO, avatar pintar berteknologi ChatGPT bergabung untuk memberikan pengalaman pemanduan futuristik dan intuitif. 

Sistem audio SENNHEISER 20-pembesar suara dengan Dolby Atmos menambah lagi suasana dalam kabin, menghasilkan bunyi yang mengasyikkan semasa memandu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN