KUALA LUMPUR: Pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi aset penting yang membuka ruang kepada produk sambal jenama EnakDeya (dahulu dikenali sebagai Sambal Bali: Pes Cili Matah) meneroka pasaran luar negara. Pengasasnya, Jon Kin Chew berkata, sijil halal Malaysia sangat dihormati di peringkat antarabangsa, sekali gus memberi kelebihan kepada produk tempatan untuk diterima di pasaran luar. “Kalau saya mahu mengeksport ke Singapura atau negara ASEAN lain, peluang diterima…










