MK Curtain lancar MK Ai Care, salun rambut guna AI

MK Curtain lancar MK Ai Care, salun rambut guna AI

Majlis pelancaran MK Ai Care di Mantin, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MK Curtain Group yang sinonim dengan langsir dan kelengkapan perhiasan rumah, kini mengorak lebih jauh dengan melancarkan MK Ai Care iaitu gaya hidup pintar terbaharu yang berteraskan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi.

Dalam satu kenyataan, MK Curtain berhasrat mentakrif semula makna ‘rumah’ dengan menjadikannya ruang yang bukan sahaja cantik dipandang tetapi turut memahami keperluan penghuninya melalui AI dan teknologi.

“MK Ai Care merupakan projek perintis dalam perjalanan transformasi ini. Ia bukan sekadar sebuah salun tetapi sebahagian daripada ekosistem rumah pintar MK Curtain dalam mencipta pengalaman relaksasi automatik,’’ kata kenyataan itu.

Majlis prapembukaan telah diadakan di OE Resort, Mantin dekat Seremban baru-baru ini, menandakan pengenalan rasmi Ruang Relaksasi AI pertama di Malaysia.

Sistem inovatif Ai Care mampu mengenal pasti kedudukan kepala pengguna, melaras suhu dan tekanan air secara automatik, mengaktifkan fungsi urutan belakang serta mengeringkan dan merawat rambut dengan kawalan pintar.

“Pada masa hadapan, sistem ini bukan sahaja akan wujud di cawangan-cawangan MK Curtain tetapi akan dihubungkan dengan produk pintar seperti langsir automatik dan sistem rumah MK Town, mewujudkan sebuah gaya hidup baharu yang mesra teknologi.

“Berbeza dengan salun tradisional, ruang relaksasi MK Ai Care tidak memerlukan tenaga kerja manual. Sebaliknya, setiap proses dikawal oleh data pintar dan sentuhan automatik yang konsisten.

“Sistem AI akan menyesuaikan corak urutan, tekanan air dan suhu berdasarkan keutamaan individu, menjadikan setiap sesi rawatan satu pengalaman relaksasi peribadi yang sebenar,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan MK Ai Care, Datin Wira Moon Sze Fui berkata, pihaknya bukan mencipta salun kecantikan sebaliknya mencipta pengalaman rehat seperti di rumah.

Matlamat kami ialah membantu industri kecantikan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja dan menjadikan mesin AI ini sebagai ‘pembantu tetap’ dalam kedai mereka,” katanya.

Cawangan pertama MK Ai Care kini beroperasi di OE Resort dan merancang membuka 100 cawangan AI Relaxation Corners dalam pusat beli-belah, kawasan kediaman dan resort di seluruh Malaysia.

Dalam majlis prapelancaran tersebut, Malaysia Book of Records (MBR) secara rasmi mengiktiraf MK Ai Care sebagai ‘Outlet Pencucian Rambut AI-Automatik Pertama di Malaysia’.

Sijil pengiktirafan disampaikan oleh wakil rasmi MBR kepada Moon Sze Fui dan Ketua Projek Malaysia, Cai Fern manakala Pengerusi OE Academy, Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu sebagai saksi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×