KESESAKAN jalan raya adalah punca utama kenapa kebanyakan kerajaan dalam dunia membuat pelaburan dan memberikan subsidi tinggi untuk sektor pengangkutan awam. Kewujudan perundangan berkaitan alam sekitar menambahkan lagi kepentingan pengangkutan awam kerana penggunaan kenderaan yang tinggi akan meningkatkan pencemaran alam sekitar. Namun begitu, masalah Malaysia sentiasa berkisar di dalam segmen pengangkutan ‘first mile’ dan ‘last mile’ iaitu bagaimana pengguna mahu ke stesen rel atau bas dan balik. Bayangkan jika kita…










