PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku ketiga berakhir 30 September 2025 (Q3 FY2025). Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM1,690.5 juta, iaitu 23.8 peratus lebih rendah berbanding RM2,219.2 juta pada suku yang sama tahun lalu. Penyusutan ini adalah sebahagian besarnya berpunca daripada pembayaran tenaga yang lebih rendah daripada Tanjung Bin Power Sdn. Bhd. (“TBP”) dan Tanjung Bin Energy Sdn. Bhd. (“TBE”) berikutan penurunan Harga Arang Batu Digunapakai (“ACP”), serta…










