SECARA umumnya, langkah pengurangan tarif dan sekatan bukan tarif secara beransur-ansur dilihat sebagai pendekatan penting dalam merancakkan aktiviti ekonomi negara. Pelonggaran langkah tersebut dapat membuka ruang lebih luas kepada pemain industri antarabangsa untuk menembusi pasaran domestik. Tindakan ini bukan sahaja berpotensi meningkatkan daya saing industri tempatan, malah mampu menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) yang menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Pengurangan sekatan dijangka memperkukuh rantaian bekalan serta memperluas akses…










