INDUSTRI kenderaan elektrik (EV) di Malaysia kini menunjukkan perkembangan pesat dan memasuki fasa dipacu pasaran, sekali gus membolehkan harga menjadi lebih kompetitif tanpa bergantung sepenuhnya kepada insentif kerajaan. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, jualan EV melonjak sehingga 30 peratus pada Oktober lepas susulan penangguhan cukai jalan dan pengecualian cukai jualan sebelum ini. Katanya, jumlah EV berdaftar di negara ini mencecah 26,928 unit…










