PETALING JAYA: Eksport minyak sawit Malaysia ke China turun hampir 39 peratus dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, didorong oleh persaingan harga minyak kacang soya yang lebih rendah. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, satu daripada sebabnya adalah kenaikan harga minyak sawit yang kini melebihi harga minyak kacang soya, menjadikan minyak kacang soya sebagai pilihan utama pengguna di China. “Untuk pertama kalinya, harga minyak sawit…










