PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 2.65 mata kepada 1,627.15 pada pukul 9.17 pagi hari ini, berbanding 1,624.50 penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,627.16.
Jumlah dagangan sebanyak RM47.13 juta unit bernilai RM31.89 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 115 berbanding 95 dengan 212 kaunter tidak berubah dan 2,354 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.13 peratus kepada 4,005.50 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun naik 690.48 mata atau 1.39 peratus kepada 50,249.55 dan indeks STI Singapura meningkat 0.27 peratus kepada 4,513.85. – UTUSAN










