BERMULA daripada sebuah kedai pakaian kecil di Downtown Cheras, siapa sangka seorang anak muda dari Kedah yang hanya belajar menggunting rambut melalui YouTube kini berjaya membina empayar Nimroc Barbershop dengan lebih 20 cawangan di seluruh negara. Itulah kisah Ketua Pegawai Eksekutif Nimroc Holdings Sdn. Bhd., Ardy Damis, yang membuktikan bahawa keberanian dan semangat tidak mudah putus asa mampu mengubah masa depan seseorang. “Saya datang ke Kuala Lumpur selepas tamat Sijil…










