Penipuan pembantu rumah, harga lantai kurier tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Penipuan pembantu rumah, harga lantai kurier tumpuan Dewan Rakyat hari ini

perlembagaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu penipuan agensi pengambilan pembantu rumah dan cadangan menetapkan harga lantai perkhidmatan kurier antara yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, Datuk Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada sesi soal jawab lisan meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah kes membabitkan agensi pengambilan pembantu rumah tidak berlesen atau ‘maid scammer’, termasuk dalam talian.

Beliau turut ingin mengetahui tindakan tegas kementerian dan agensi penguatkuasa bagi membanteras penipuan, melindungi mangsa dan memastikan hanya agensi berlesen beroperasi.

Pada sesi sama, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengemukakan soalan kepada Menteri Ekonomi mengenai perkembangan usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.

Beliau juga mahukan penjelasan mengenai halangan-halangan yang menjejaskan keberhasilan pelaksanaan rancangan tersebut.

Selain itu, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli (BN-Jempol) meminta Menteri Komunikasi menyatakan jumlah syarikat kurier dan pegangan pasaran, termasuk pecahan antara syarikat antarabangsa dan tempatan.

Menurut Shamsulkahar, beliau ingin tahu sama ada kementerian akan menetapkan harga lantai bagi perkhidmatan kurier memandangkan Garis Panduan Harga Rujukan yang diperkenalkan pada 2022 hanyalah sebagai rujukan dan bukan mandatori.

Usai sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari sehingga 4 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×