AMALAN bekerja dari rumah (BDR) yang melonjak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini beralih kepada model hibrid iaitu gabungan kerja dari pejabat dan rumah, terutama dalam sektor berintensifkan pengetahuan. Dalam sektor awam, dasar BDR yang diperincikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Oktober 2025 turut menegaskan bahawa amalan tersebut kekal dibenarkan secara bersyarat. Secara keseluruhan, pasaran buruh negara menunjukkan keanjalan yang kukuh pasca pandemik dengan kadar pengangguran kekal rendah…










