MUKADIMAH SELEPAS 10 tahun ditubuhkan, Carsome kini mengubah arah daripada sekadar platform jual beli kereta terpakai kepada peneraju teknologi automotif serantau. Sebagai syarikat ekosistem automotif terbesar di Asia Tenggara, Carsome kini melangkah ke fasa baharu pertumbuhan dengan menumpukan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara dalaman. Langkah ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan operasi dan analisis data syarikat, tetapi turut menjadikan Carsome antara peneraju awal dalam transformasi digital industri automotif rantau ini.…










