KUALA LUMPUR: Volvo Buses Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran casis bas baharunya iaitu B11R yang direka bentuk untuk memenuhi piawaian pelepasan Euro 5, satu penanda aras yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kecemerlangan alam sekitar. Casis yang baru dibangunkan ini memberi prestasi cemerlang dalam kecekapan bahan api, ketahanan dan keselamatan. Dilengkapi dengan sistem kawalan ekzos termaju, ia boleh mengurangkan pelepasan sehingga 80 peratus berbanding piawaian Euro 3 dan Euro 4 sebelumnya.…