Perbankan Islam, konvensional sokong pertumbuhan ekonomi

Perbankan Islam, konvensional sokong pertumbuhan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI perbankan Islam dan konvensional di Malaysia terus menyokong pertumbuhan ekonomi, menurut Tinjauan Ekonomi. 

Menurut laporan, pada akhir Julai 2025, jumlah aset perbankan Islam berkembang sebanyak 9.1 peratus tahun-ke-tahun kepada RM1.58 trilion atau 38.7 peratus daripada jumlah keseluruhan aset perbankan. 

“Permintaan bagi pembiayaan Islam mewakili 47.5 peratus daripada bahagian pasaran keseluruhan pinjaman dan pembiayaan dalam sektor perbankan dengan peningkatan sebanyak 8 peratus kepada RM997.7 bilion mengatasi perbankan konvensional. 

“Pertumbuhan ini terutamanya disokong oleh pembiayaan sektor isi rumah yang mencakupi 63.5 peratus daripada jumlah pembiayaan Islam,” katanya laporan itu. 

Menurut laporan itu, sektor ini meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada RM633.7 bilion khususnya bagi tujuan pembelian harta tanah kediaman dan kereta penumpang usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju global dalam kewangan Islam terus mendapat pengiktirafan antarabangsa dan diperkukuh semasa Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

“Malaysia telah mengekalkan kedudukan teratas dalam Indeks Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2024 untuk tahun ke-12 berturut-turut sekali gus mencerminkan hala tuju berwawasan selama beberapa dekad, penyelarasan strategik dan komitmen Kerajaan yang tidak berbelah bahagi. 

“Inisiatif strategik di bawah pimpinan Majlis Kepimpinan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) terus memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan agenda kewangan Islam termasuk Forum Kewangan Islam Global,” katanya. 

Sementara itu, program i-TEKAD yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa berasaskan pendekatan kewangan campuran terus membantu usahawan mikro berpendapatan rendah dalam mengembangkan perniagaan dan meningkatkan kestabilan kewangan seterusnya mencerminkan komitmen Malaysia terhadap kewangan sosial.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN