PETALING JAYA: Bursa Malaysia melonjak 16.93 mata kepada 1,637.80 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,620.87 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,621.68.
Jumlah dagangan sebanyak RM4.28 bilion unit bernilai RM3.92 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 856 berbanding 364 dengan 490 kaunter tidak berubah dan 878 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura meningkat 67.44 mata atau 1.56 peratus kepada 4,390.56 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun menokok 385.88 mata atau 0.87 peratus kepada 44,936.73 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 93.38 mata atau 2.70 peratus kepada 3,549.21.- UTUSAN