PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 0.95 mata kepada 1,612.83 pukul 9 pagi hari ini, berbanding 1,611.88 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,612.62
Jumlah dagangan sebanyak RM80.89 juta unit bernilai RM22.30 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 107 berbanding 85 dengan 274 kaunter tidak berubah dan 2,109 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura meningkat 30.180 mata atau 0.71 peratus kepada 4,300.160 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 20.32 mata atau 0.59 peratus kepada 3,444.92 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks Nikkei Jepun turun 216.09 mata atau 0.48 peratus kepada 44,716.54. – UTUSAN