D’Marina Bayu perumahan berkonsep tenaga solar

D’Marina Bayu perumahan berkonsep tenaga solar

D’MARINA adalah sebuah perbandaran terancang di atas tanah seluas lebih 28.3 hektar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANAK syarikat hartanah Citaglobal Berhad, Citaglobal Property Development Sdn. Bhd. (Citaglobal Property) menawarkan D’Marina Bayu, Fasa 2B kepada projek Residensi D’Marina, sebuah pembangunan perumahan berkonsepkan tenaga solar pertama di Pahang.

Sebagai projek perumahan ‘solar-ready’ pertama di negeri itu dan antara yang terawal di Malaysia, inisiatif ini membuktikan komitmen Citaglobal terhadap penerapan penyelesaian tenaga baharu, teknologi bersih serta pembangunan komuniti rendah karbon.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria berkata, D’Marina bukan sekadar projek perumahan tetapi adalah sebuah komuniti yang dibina untuk masa depan. 

“D’Marina adalah sebuah perbandaran terancang di atas tanah seluas lebih 28.3 hektar, dibangunkan dengan tujuan menyediakan kediaman yang selesa, berkualiti dan mampu milik dalam suasana kejiranan yang harmoni.  

“Fasa pertama dengan 523 unit rumah teres setingkat dan dua tingkat telah siap pada November 2023. Ia menerima Sijil Siap dan Pematuhan serta mencapai skor QLASSIC sebanyak 72 peratus,” katanya dalam kenyataan. 

D’ Marina mempunyai pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, tadika, taska dan surau. 

“Kesemuanya kini hampir 90 peratus siap dan bakal melengkapkan suasana kejiranan yang sihat, erat dan berdaya hidup,” katanya.

Residensi D’Marina merupakan projek pembangunan bersama antara Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) selaku pemilik tanah dan Citaglobal Property sebagai pemaju.

Terletak strategik berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur dan Jambatan Putra, D’Marina dirancang sebagai sebuah bandar mini holistik yang menggabungkan unsur alam semula jadi, kelestarian dan kemudahan bandar moden.

Pembangunan ini turut menampilkan pelbagai kemudahan berorientasikan komuniti seperti dewan serbaguna, tadika dan taska serta surau bagi memupuk kejiranan yang harmoni, inklusif dan saling berhubung.

Sebagai sebahagian daripada usaha Citaglobal memupuk gaya hidup tenaga bersih, setiap kediaman dalam D’Marina Fasa 2B dilengkapi keupayaan ‘solar-ready’, membolehkan pemilik rumah memasang panel solar bumbung dengan mudah serta menikmati penjimatan bil elektrik sehingga 60 peratus.

Selain itu, pembangunan ini turut menampilkan infrastruktur Fiber-To-The-Home (FTTH) serta sistem ‘Smart CGS International Home-ready’ bersepadu bagi memastikan penghuni menikmati kesalinghubungan digital yang lancar sejak hari pertama mereka menetap.

Fasa satu D’Marina, yang merangkumi 523 unit rumah teres satu dan dua tingkat telah siap pada Disember 2023. 

Sementara itu, Fasa 2A yang melibatkan 136 unit siap pada Mei 2025 dan telah terjual sepenuhnya.

Fasa terbaharu, D’Marina Bayu (Fasa 2B), terdiri daripada 120 unit rumah teres dua tingkat dan dijangka siap pada Disember 2026. 

Fasa-fasa seterusnya (2C hingga 2F) yang merangkumi 507 unit keseluruhan kini berada di peringkat perancangan dan akan dibangunkan secara berperingkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN