ANAK syarikat hartanah Citaglobal Berhad, Citaglobal Property Development Sdn. Bhd. (Citaglobal Property) menawarkan D’Marina Bayu, Fasa 2B kepada projek Residensi D’Marina, sebuah pembangunan perumahan berkonsepkan tenaga solar pertama di Pahang. Sebagai projek perumahan ‘solar-ready’ pertama di negeri itu dan antara yang terawal di Malaysia, inisiatif ini membuktikan komitmen Citaglobal terhadap penerapan penyelesaian tenaga baharu, teknologi bersih serta pembangunan komuniti rendah karbon. Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr. Mohamad…










