PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 14.14 mata kepada 1,602.69 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,616.83 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,617.56.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.41 bilion unit bernilai RM2.33 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 699 berbanding 355 dengan 492 kaunter tidak berubah dan 1,147 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura melonjak 0.29 peratus kepada 4,393.62 dan indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.56 peratus kepada 3,883.68 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks Nikkei Jepun susut 8.27 mata atau 0.017 peratus kepada 49,307.79. – UTUSAN









