PETALING JAYA: Berbekalkan hampir 15 tahun pengalaman dalam industri makanan, Yeop Food Industries Enterprise terus mengukuhkan kedudukannya dengan mengekalkan resepi warisan keluarga, khususnya Rendang Tok Kayu Api, sambil melangkah ke hadapan membangunkan produk baharu yang sesuai dengan cita rasa moden. Syarikat itu kini beroperasi dengan pengiktirafan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak tahun 2024, sekali gus membuktikan setiap aspek pengeluaran memenuhi piawaian yang ditetapkan. Pensijilan halal itu bukan…